Saturday, July 15, 2017

Allah Ada

Dear Diary,

A very good message sent by a good friend:

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.

Ada yang masih single.
Ada kahwin 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah.
Ada yang dah kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama.
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak orang lain lebih berjaya.
Masa kita belum sampai.
Obama retired at 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yang berbeza.
Tapi sama-sama dapat jadi Presiden.

Ada yang dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yang dah ada cucu di umur yang sama.
Malah ada yang baru menimang cahaya mata pertama di umur yang sama.

Ada yang 'depan' dari kita.
Tapi ada jugak yang 'belakang' kita.
Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.

Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.
Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih.
Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early.

You are just on time.
Jangan stress.

Percayalah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh.
Difikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua lelaki.
Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti.
Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga.
Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing-masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yang jaga kita itu ALLAH.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.

Itulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.

Jangan runsingkan kerja Allah.
Runsingkan kerja kita yang asik tak siap ni.

Jangan runsing belum ketemu jodoh.
Jangan ribut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan "eh nanti tua siapa nak jaga kau"
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti
Sempat ke kita tua?

Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.
Dan Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.
Kuatkan pergantungan kepada Allah, itu yang paling penting.

Pendek kata
ALLAH ADA.
Jangan takut

Thursday, June 8, 2017

Ayat 1000 Dinar

Dear Diary,

"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Surah At-Talaq, ayat 2-3

Saturday, June 3, 2017

Ola Bola

Dear Diary,

Kita menang sama-sama, kita kalah sama-sama
You will believe again

Quoted from Ola Bola

Friday, May 26, 2017

Demi Masa

Dear Diary,

Demi masa!
Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran
Serta berpesan-pesan dengan kesabaran

Surah Al-'Asr, Ayat 1-3

Saturday, May 20, 2017

Be Patience

Dear Diary,

Allah does not burden a soul beyond that it can bear
Surah Al Baqarah, verse 286

Sunday, May 7, 2017

10 Tip Untuk Ibu

Dear Diary,

Untuk para ibu tersayang
Dari Prof Muhaya

Jom amalkan 10 tip untuk yang nak jadi parent....dah jadi parent....yang baru jadi parent semula... Sama-sama kita amalkan....

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMu pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat itu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, "Ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang". Cubalah amalkan (Ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya) dan ucapan ini adalah doa dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat di sisinya. Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ini sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di alam barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita. Muhasabah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita di masa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.... kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita. Kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci. Ceritalah buat macam dramapun boleh.

8. Amalkan membaca ayat 40 Surah Ibrahim supaya kita, anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya Allah, lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia....untuk faham agamanya", [kenapa kita nak dia faham agamanya, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana Engkau lembutkan beras ini menjadi nasi." Basuh beras lawan jam (macam orang tawaf) sambil selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai....dan ingat kepada Allah selalu.

via Prof. Dr. Muhaya

Monday, April 17, 2017

Thinking "Out of the Box"

Dear Diary,

Many hundreds of years ago in a small Italian town, a merchant had the misfortune of owing a large sum of money to the moneylender. The moneylender, who was old and ugly, fancied the merchaitnt's beautiful daughter so he proposed a bargain. He said he would forgo the merchant's debt if he could marry the daughter. Both the merchant and his daughter were horrified by the proposal.

The moneylender told them that he would put a black pebble and a white pebble into an empty bag. The girl would then have to pick one pebble from the bag. If she picked the black pebble, she would become the moneylender's wife and her father's debt would be forgiven. If she picked the white pebble she need not marry him and her father's debt would still be forgiven. But if she refused to pick a pebble, her father would be thrown into jail.

They were standing on a pebble strewn path in the merchant's garden. As they talked, the moneylender bent over to pick up two pebbles. As he picked them up, the sharp-eyed girl noticed that he had picked up two black pebbles and put them into the bag. He then asked the girl to pick her pebble from the bag.

What would you have done if you were the girl? If you had to advise her, what would you have told her? Careful analysis would produce three possibilities:

1. The girl refuse to take a pebble.

2. The girl should show that there were two black pebbles in the bag and expose the moneylender as a cheat.

3. The girl should pick a black pebble and sacrifice herself in order to save her father from his debt and imprisonment.

The above story is used with the hope that it will make us appreciate the difference between lateral and logical thinking.

The girl put her hand into the moneybag and drew out a pebble. Without looking at it, she fumbled and let it fall onto the pebble-strewn path where it immediately became lost among all the other pebbles.

"Oh, how clumsy of me," she said. "But never mind, if you look into the bag for the one that is left, you will be able to tell which pebble I picked." Since the remaining pebble is black, it must be assumed that she had picked the white one. And since the moneylender dared not admit his dishonesty, the girl changed what seemed an impossible situation into an advantageous one.

MORAL OF THE STORY:
Most complex problems do have a solution, sometimes we have to think about them in a different way.