Monday, March 27, 2017

Buang Berhala Dunia

Dear Diary,

Assalamualaikum wbt
Siapa nak dengar cerita? Ini kisah sahabat saya. Kita namakan beliau, Amna.

Amna seorang peniaga online. Majoriti promosi dan iklan memang beliau guna media sosial. Setiap hari. Dah sah sah order yang datang dari media sosial. Kurang fokus kepada offline customer sebab ahli keluarga terdekat pun tak membantu langsung.. Semua dok bantu orang lain dari keluarga sendiri..

Ada satu waktu, promosi yang dibuat langsung tak dapat sambutan. Beliau ubah cara promosi. Ubah teknik. Ubah pendekatan. Tapi, masih macam tu. Stok tak gerak-gerak. Ah sudah! Stress pun datang bertimpa-timpa.

Hingga satu saat, Allah detikkan dalam hati supaya beliau off seketika. Beruzlah (jauhkan diri dari hal dunia dengan dekatkan diri kepada Allah untuk rasa tenang hati dan fikiran). Sepanjang tempoh itu, beliau cuma uruskan keluarga dan beramal ibadat macam biasa.

Cuma beliau kata, kalau ada bisikan-bisikan datang. Risau itu. Risau ini. Tak sudah sudah. Contoh;

"Camana ni order belum masuk?" "Kerja tu tak siap lagi." "Kerja ni tak buat lagi."

Stop. Stop. Stop kan suara-suara halus tu. Counter back dengan cakap macam ni,

"Ya Allah, bantu aku. Aku serahkan semua urusanku pada Engkau. Ya Allah tolonglah uruskan diriku, keluargaku, bisnesku dan kerja-kerja lain."

Kadang nak solat pun teringat-ingat lagi. Jadi, cakap lagi ulang-ulang.

"Ya Allah Ya Bari", aku tak mampu. Tolong uruskan order order aku Ya Allah. Aku serah bulat-bulat kepada Engkau Ya Allah."

Tahu apa jadi? Tak lama. Beberapa hari lepas itu, tanpa buat marketing. Order masuk bertalu-talu. Ada customer offer diri nak jadi ejen. Tiba-tiba customer lama bank in untuk confirm order. Senang cerita, akaun bank aktikf balik. Stok gerak sedikit demi sedikit.

Allahu Akbar! Siapa yang buat semua itu? Pastinya Dia, Allah Maha Kuasa. Allah berhak gerakkan setiap inci zarah kehidupan. Tanpa izin Dia, semua benda akan stuck.

Kawan-kawan, kadangkala kita rasa taksub sangat dengan apa yang kita usaha. Buktinya kita lebih yakin, kalau buat yang ini mesti jadi. Buat itu confirm berjaya.

Dalam tak sedar, wujud berhala dunia dalam hati kita. Seolah-olah, usaha-usaha itu yang bagi kita rezeki. Mungkin dengan rasa begitu, connection antara kita dan Allah terhijab (terhalang).

Maka, macam-macam ujian Allah buat untuk tarik kita balik. Supaya kita tak jauh tersasar dari Dia. Bukankah itu tanda Allah sayangkan kita? Rezeki Dia luas. Rahmat Dia pun luas.

Berusahalah, bekerjalah sedaya upaya dan sesungguh hati. Cuma, sandarkan setiap satu kerja kepada Allah SWT. Bukan pada kudrat kita. Sandaran yang kuat buat kita tak mudah penat. Jauh dari rasa kecewa. Apatah lagi nak rasa diri hebat.

Hakikatnya, semua milik Allah yang hakiki. Allah bagi pinjaman saja pada kita.

* Nota: Sebelum buat apa-apa kerja, setkan niat Lillahi Ta'ala. Insya Allah, Allah yang buatkan semuanya.

~ Dipetik dari Facebook - Sharing daripada Tuan Talib Mansor ~

Thursday, March 16, 2017

Rezeki Kurma Busuk

Dear Diary,

Article taken from Shazrina Ab.rahim's FB post

REZEKI KURMA BUSUK

Jika tiba-tiba saya rasa 'down" sekejap dengan bisnes, saya selalu akan ingat kembali akan Abdul Rahman bin Auf dengan kisah kurma busuknya.

Kata Rasulullah SAW, Abdul Rahman bin Auf r.a akan masuk surga akhir sekali kerana terlalu kaya. Ini kerana orang yang paling kaya akan dihisab paling lama.

Maka mendengarkan ini, Abdul Rahman bin Auf r.a pun ligat kepala otaknya berfikir, bagaimana agar boleh jadi miskin balik supaya dapat masuk syurga awal.

Selepas Perang Tabuk, kurma di Madinah yang ditinggalkan sahabat menjadi busuk. Lalu harganya jatuh. Abdul Rahman bin Auf r.a pun menjual semua hartanya, kemudian memborong semua kurma busuk milik sahabat r.hum tadi dengan harga kurma bagus.

Kesemuanya bersyukur..Alhamdulillah..kurma yang dikhuatiri tidak laku, tiba-tiba laku keras! Diborong semuanya oleh Abdul Rahman bin Auf.

Sahabat gembira.
Abdul Rahman bin Auf r.a pun gembira.
Semua happy!

Sahabat lain gembira sebab ada sales.
Abdul Rahman bin Auf r.a pula gembira sebab...jatuh miskin!

Masya Allah..hebat kan?
Cuba kalau kita?
Bisnes goyang sikit, pakat teriak tak tentu arah dah.

Abdul Rahman bin Auf r.a berasa sangat lega, sebab tahu akan bakal masuk surga dulu. Ye lah, sebab sudah miskin.

Namun.. Subhanallah..perancangan Allah itu memang paling terbaik. Tiba-tiba, datang utusan dari Yaman membawa berita, Raja Yaman mencari kurma busuk.

Rupa-rupanya, di Yaman sedang berjangkit wabak penyakit menular, dan ubat yang boleh menyembuhkannya adalah KURMA BUSUK!

Utusan Raja Yaman berniat memborong semua kurma Abdul Rahman bin Auf r.a dengan harga 10 kali ganda harga kurma biasa.

Allahuakbar..

Jadi..yang beri rezeki itu datangnya dari kurma yang bagus atau kurma yang busuk?

ALLAH SWT lah yang Memberi Rezeki.

Ibrah dari kisah ini sangat special buat saya sebab ia buat saya sangat YAKIN bahawa rezeki itu totally dari Allah. Bukan sebab bisnes kita itu sudah cukup bagus atau produk kita yang terbaik yang akan beri kita sales yang banyak.

Kadang-kadang, KEYAKINAN dalam hati kita itu yang belum cukup kuat dan bulat...

We plan,
but Allah has also planned everything for us.
If something goes wrong, it went wrong for a good reason.

Semoga kisah ini dapat menyuntik kembali semangat dalam diri sahabat yang sedang diuji perniagaannya.

Tuesday, March 7, 2017

Trust in Allah

Dear Diary,

Someday, everything will make perfect sense. So for now, laugh at the confusion, smile through the tears, and keep reminding yourself that everything happens for a reason.

Wednesday, March 1, 2017

Yakinlah Rezeki Itu Jaminan Allah

Dear Diary,

Yakinlah rezeki itu jaminan Allah

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya."

Surah At-Talaq, ayat 2-3