Tuesday, April 3, 2012

F A M I L Y


Dear Diary,

I received this email ages ago. I kept it so that I can reread it as a reminder to myself. So, here goes…

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan, “Oh maafkan saya, saya tak perasan.” Katanya, “Maafkan saya juga. Saya tak nampak saudara.” Kami amat bersopan-santun dan saling menghormati. Kami saling melambai sambil berlalu pergi.

Tetapi di rumah lain pula ceritanya. Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda. Lewat petang tika memasak makan malam, anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam. Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh. Jerkahku, “Jangan buat kacau di sini. Pergi main jauh-jauh.” Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku. Aku tak sedar betapa kasarnya kata-kataku.

Sedangku berbaring di katil mendengar muzik, terdengar suara halus datang membisik. “Bila bersama orang tak dikenali, begitu bersopan dan merendah diri. Tetapi ahli keluarga tersayang sering dimarah dan dicaci. Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur. Kan kau temui bunga-bungaan berterabur. Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu. Dia memetiknya sendiri, kuning biru dan ungu. Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu. Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu.”

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali. Airmataku mencurah ibarat air di kali. Senyap-senyap ku ke biliknya dan melutut di katil, “Bangunlah anakku. Bangunlah si kecil. Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?” Dia tersenyum, “Adik terjumpanya belakang rumah di semak. Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu. Ibu tentu suka terutama yang ungu.”“Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini. Ibu tak harus menjerkah kamu sebegini.” Katanya, “Oh ibu, itu tak mengapa. Saya tetap sayang ibu melebihi segala.” Bisikku, “Anakku, ibu pun sayang kamu. Dan ibu suka bunga itu terutama yang ungu.”

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita bekerja akan senang-senang mendapat pengganti dalam hanya beberapa hari? Tetapi keluarga yang kita tinggalkan akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

 
Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja melebihi keluarga kita adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak. Bukankah begitu? Jadi apakah maksud yang tersirat? Tahukah anda makna “FAMILY”?

FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

Anak-anak Mama,

 
Ada masa Mama marah-marah, Mama tinggi suara & Mama pukul korang even. Maafkan Mama ye. I know that’s not a good way to raise children but I’m only human. And I also know I’m not the best mother but believe me that I’m trying every minute of every day to be one. Above all else, Mama mau korang tahu korang la nyawa Mama. Nothing else compared to you. Dan yang paling penting sentiasa ingat yang Mama sayang sangat-sangat kat korang.

6 notes of inspiration:

Norliana Abdul Rahman said...

waaaa nak nangis pulak baca ni!!!

Unaizah said...

Konot - Samalah kita huhu... Rasa guilty towards my kids sebab selalu marah diorang.

ICA said...

Unai, sangat boleh relate baca entry ni. Mmg we as mothers would do anything for the family...susah senang bersama kan. Tapi still struggling to control temper kalau the kids buat salah...mmg diaorg kengkadang menguji kesabaran sungguh nih...

Unaizah said...

Ica - Sangat menguji kesabaran & Unai selalu fail to control my temper and be patient. That's the big problem!!

maya amir said...

:( ..*speechless*

Unaizah said...

Maya - This article made us muhasabah dirikan...