Dear Diary,
I received this email ages ago. I
kept it so that I can reread it as a reminder to myself. So, here goes…
Aku terlanggar seorang asing
semasa berjalan, “Oh maafkan saya, saya tak perasan.” Katanya, “Maafkan saya juga. Saya
tak nampak saudara.” Kami amat bersopan-santun dan
saling menghormati. Kami saling melambai sambil berlalu pergi.
Tetapi di rumah lain pula
ceritanya. Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda. Lewat petang tika memasak makan
malam, anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam. Bila berpaling aku hampir melanggarnya
jatuh. Jerkahku, “Jangan buat kacau di sini. Pergi main jauh-jauh.” Dia berlalu pergi, hatinya hancur
luluh dan beku. Aku tak sedar betapa kasarnya kata-kataku.
Sedangku berbaring di katil
mendengar muzik, terdengar suara halus datang membisik. “Bila bersama orang tak dikenali,
begitu bersopan dan merendah diri. Tetapi ahli keluarga tersayang sering
dimarah dan dicaci. Cubalah kau pergi lihat di lantai
dapur. Kan kau temui bunga-bungaan berterabur. Itu adalah bunga-bunga dibawanya
untuk kamu. Dia memetiknya sendiri, kuning biru dan ungu. Dia berdiri senyap agar jadi
kejutan buat kamu. Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu.”
Pada tika ini, aku merasa amat
kecil sekali. Airmataku mencurah ibarat air di kali. Senyap-senyap ku ke biliknya dan
melutut di katil, “Bangunlah anakku. Bangunlah si kecil. Apakah bunga-bunga ini dipetik
untuk mak?” Dia tersenyum, “Adik terjumpanya
belakang rumah di semak. Adik memetiknya kerana ia cantik
seperti ibu. Ibu tentu suka terutama yang ungu.”“Maafkan ibu, atas sikap ibu hari
ini. Ibu tak harus menjerkah kamu sebegini.” Katanya, “Oh ibu, itu tak mengapa.
Saya tetap sayang ibu melebihi segala.” Bisikku, “Anakku, ibu pun sayang kamu.
Dan ibu suka bunga itu terutama yang ungu.”
FAMILY
Adakah kamu sedar, sekiranya kita
mati hari ini, syarikat tempat kita bekerja akan senang-senang mendapat
pengganti dalam hanya beberapa hari? Tetapi keluarga yang kita tinggalkan akan
merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya kita
menghabiskan masa kita kepada kerja melebihi keluarga kita adalah merupakan
suatu pelaburan yang tidak bijak. Bukankah begitu? Jadi apakah maksud yang
tersirat? Tahukah anda makna “FAMILY”?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER
(I) (L)OVE (Y)OU
Anak-anak Mama,
Ada masa Mama marah-marah, Mama
tinggi suara & Mama pukul korang even. Maafkan Mama ye. I know that’s not a
good way to raise children but I’m only human. And I also know I’m not the best
mother but believe me that I’m trying every minute of every day to be one.
Above all else, Mama mau korang tahu korang la nyawa Mama. Nothing else
compared to you. Dan yang paling penting sentiasa ingat yang Mama sayang
sangat-sangat kat korang.