Dear Diary,
I’m going to tell this story in my language – Bahasa Melayu.
Pada suatu tengahari yang terik, sepasang suami isteri sedang dalam perjalanan ke rumah anak saudara pupu mereka yang terletak di Shah Alam. Mereka yang berasal dari Pulau Pinang datang ke Kuala Lumpur untuk berjalan-jalan melawat tempat-tempat menarik di ibu kota. Kebetulan mereka mendapat tahu yang anak saudara mereka telah keguguran anak sulung lalu mereka berniat untuk pergi menziarahinya.
Sebelum memulakan perjalanan, mereka telah menelefon terlebih dulu untuk mendapatkan petunjuk arah jalan ke rumah anak saudara mereka. Arahan yang telah diberi lebih kurang adalah seperti berikut:
“Cari Federal Highway. Stay je kat Federal Highway. Ikut arah ke Shah Alam. Selepas Tol Batu Tiga, ambik exit yang pertama, naik atas. Traffic light pertama, belok kanan. Traffic light kedua, straight. Traffic light ketiga, belok kiri. Dah boleh nampak apartment warna pink & purple, nama Brunsfield.”
Gigihlah mereka mencari Federal Highway tapi masih tak berjumpa. Setelah beberapa jam, mereka menelefon sekali lagi untuk mengesahkan petunjuk jalan yang diberi.
Makcik: “Ish, tak jumpa la Federal Highway. Lama dah dok pusing cari.”
Anak saudara: “La ni dok tang mana?”
Makcik: “Kat area PJ ni.”
Anak saudara: “Ok. PJ tang mana? Apa landmark dekat-dekat area tu?”
Si Makcik pun memberitahu satu persatu landmark yang dilepasi kereta mereka.
Anak saudara: “Laaaa, betoi dah tu. Federal Highway la tu. Straight lagi sampai Shah Alam.”
Makcik: “Tu la Makcik dok habaq kat Pakcik betoi dah jalan ni tapi Pakcik nak betengkaq kata salah pasai kat signboard tulis Lebuhraya Persekutuan. Dia tak jumpa lagi signboard tulis Federal Highway!!!”
Anak saudara (sambil menahan ketawa besar yang nak meledak keluar): “Lebuhraya Persekutuan tu Federal Highway la. Sama la tu!”
~~ Kisah benar yang berlaku kira-kira 8 tahun yang lepas. Dah terlalu biasa guna perkataan Federal Highway sampai tak terlintas nama apa yang tertera di signboard. ~~
3 notes of inspiration:
:) u ke anak sedara tu ?heheh
rasa macam baca buku cerita pulak kak. hehe.. anyway tergelak jugak saya baca kisah ni. ;D
Ermayum - That's for me to know & for you to find out :p
As - Saja je tulis agak-agak formal. Tu la kan tak leh expect semua orang faham apa yg kita rasa benda biasa sgt. Maybe bagi orang lain benda tu luar biasa hihihi.
Post a Comment